Saturday, November 15, 2008

I will be in Std 2 Rasional Year 2009







Saya akan masuk Tahun 2 Rasional pada 2009. Semasa mendapat berita yang saya akan ke 2 Rasional saya berasa sangat dukacita kerana saya akan berpisah kelas dengan beberapa kawan rapat saya. Saya rasakan saya sepatutnya mendapat tempat di kelas tertinggi tetapi 2 Rasional adalah kelas ke 2 di SKKW. Semasa pulang di dalam kereta abah, saya telah mendesak abah saya agar berjumpa dengan cikgu saya agar saya ditempatkan di Kelas 2 yang terbaik. Tetapi saya dapat rasakan yang abah saya tidak akan berjumpa dengan guru saya dan saya minta abah saya beritahu mama supaya mama boleh berjumpa guru. Pada hari Jumaat 14 Nov 2008 pagi, mama telah berjumpa dengan Ustazah Aida dan bertanyakan hal yang tersebut. Ustazah Aida telah menerangkan bahawa tidak semuanya yang excellent akan masuk ke kelas yang tertinggi. Ini adalah kerana jika dilaksanakan begitu ramai murid-murid yang kureng akan ketinggalan. Jadinya campuran murind pandai dan kureng adalah perlu agar yg kureng dapat meningkatkan prestasi mereka.
Selepas diterangkan begitu oleh mama, saya baru boleh menerima hakikat bahawa ada hikmah di sebalik perlaksanaan tersebut. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh di tahun hadapan kerana keputusan saya merosot di penggal kedua.
So, I will be in Std 2 rasional next year. Happy Holiday to all my friends.

0 comments: